Beli E-Book Online


KESILAPAN YANG SELALU PENIAGA BUAT BILA SALES TAK MASUK?

Biasanya para peniaga terutama peniaga online akan terus menjual dan menjual.

Cuba banyakkan lagi iklan di pelbagai media sosial. Kalau yang buat iklan jenis berbayar, dah tentu akan tingkatkan lagi budget iklan semaksimum yang mampu.  

Ada betulnya juga, cumanya kalau copywriting tak dibaiki untuk target kepada orang yang tepat, untuk tahu mana nak trigger emosi prospek, kempen marketing kita akan tak berkesan dan semakin sendu.  

Dulu saya pun macam ni, asyik fikir tentang nak gandakan usaha untuk sales dan gandakan budget iklan sahaja. Tapi terlepas pandang yang ayat copywriting saya salah, mesej tak jelas dan tak sampai.  

Jadi, copywriting benda pertama yang kita kena kaji dan baiki dulu. Mungkin ada kesilapan yang kita tak perasan dari segi gaya ayat, dari segi emosi, dari segi market yang kita sasarkan, dan sebagainya. 

KESILAPAN RAMAI PENIAGA TENTANG COPYWRITING 

  • Ayat terlalu fokus kepada asyik nak menjual .
  • Asyik nak tulis pasal ciri-ciri produk semata .
  • Sangka copywriting cuma menulis ayat sahaja
  • Tak perlu kenal masalah, produk, dan pelanggan
  • Tak tahu strategi dan psikologi dalam copywriting
  • Rasa skill dan teknik copywriting tak perlu diasah .
  • BERITA BAIK UNTUK ANDA!

Anda dah tak perlu buat silap macam saya dulu. Saya dah sediakan โ€˜short-cutโ€™ untuk anda belajar skill dan teknik copywriting hebat untuk tarik dan pukau lebih ramai prospek datang pm/mesej anda.

  • Lebih mudah para peniaga belajar dan faham bina ayat iklan.
  • Tak perlu susah payah hadir dan seharian tumpu dalam kelas .
  • Kos yang sangat rendah, jimat duit, jimat masa dan tenaga
  • Mudah buat rujukan, ulang baca, dan tak terkejar salin nota .
  • Tak perlu hadapi masalah line internet tak stabil untuk join zoom .

Klik Di Sini Untuk Beli


1) ISI KANDUNGAN BUKU BISNES SHOPEE

  • Cara mendaftar dan set kedai anda! Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer! Saya tunjukkan cara kedua-duanya!.
  • Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda! Dalam bab ini, saya share tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!
  • Cara nak menguruskan order!. Ini pun penting juga! Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya saya terangkan dalam bab mengurus order!
  • 6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak! Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan! Jadi, disini saya share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda!
  • 4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda!

Anda masih tiada produk untuk dijual? Saya juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda “usha” untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee!
Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah niaga saya kongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!
Apa yang lebih menarik! Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee!
Teknik 1000 follower seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA saya bagaimana saya mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee saya dalam masa yang singkat! Teknik ni advance sikit! Anda takkan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain! ๐Ÿ™‚

Klik Di Sini Untuk Beli!


3) ISI KANDUNGAN BISNES AIR BALANG

BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA

Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?

Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!

Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga… sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.

BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR

Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang “hot” yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.

Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!

BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA

Ada 5 Tips “REAL” yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!

Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!

BAB 5 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang saya kongsikan di dalam bab ini! Saya kongsikan apakah sebab saya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang saya berikan dalam bab 5 sebelum ini.

Dalam bab ini juga saya kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!

Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada saya kongsikan di dalam bab ini!

BAB 6 : CASE STUDY – BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, saya ceritakan semua strategi serta apa yang saya lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan!

  • Balang air jenis apa yang saya gunakan?
  • Air apa yang saya jual?
  • Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
  • Apa teknik yang saya gunakan untuk menarik pelanggan?
  • Dimana lokasi strategik serta bagaimana saya menyusun balang air?
  • Bagaimana saya gandakan keuntungan saya sehingga 3 kali ganda?
  • Semuanya saya bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini!

 BAB 7 : STRATEGI JUAL AIR DI KAWASAN SEKOLAH

Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang mahu berniaga di bazar ramadhan, tetapi jika anda mahu berniaga di tepi jalan mahupun di kawasan sekolah, anda juga boleh dapatkan ebook ini!

Sebab dalam ebook ini, saya sharekan strategi serta 4 perkara yang penting untuk anda ambil perhatian apabila mahu berniaga di kawasan berhampiran sekolah.

Klik Di Sini Untuk Beli!


 

4) ISI KANDUNGAN BISNES MAKAN DELIVERY

1. 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes

Iya! Sebelum nak mula apa-apa pun, kena ada persediaan! Jadi, saya dah ringkaskan 6 perkara yang perlu anda siapkan sebelum nak start buat bisnes makan delivery ni!

2. Kaedah-kaedah Jualan!

Nak buat bisnes makan ni sebenarnya ada 2 kaedah! Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih ikut waktu kesesuaian anda… sama ada nak buat kaedah jualan #1 atau kaedah #2.

3. Cara Pembungkusan

Ini pun penting juga, bekas jenis apa yang pakai? Bagaimana nak bungkus supaya makanan tidak mudah rosak atau basi?

4. Panduan Kira Kos & Keuntungan!

Ada satu bab saya bagi contoh, macam mana nak kira kos serta, bagaimana untuk meletakkan harga jualan! .

Bagaimana Nak Mula?

Hah! Ini yang paling mustahak! Ramai orang tak tahu macam mana nak mulakan bisnes ni! Tak tahu kat mana nak cari pelanggan! Jadi, saya tunjukkan cara, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah, pantas dan tanpa mengeluarkan sebarang kos!

5. Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp!

Tak perlu guna sistem rumit-rumit.. gunakan sahaja whatsapp yang memang kita gunakan hari-hari tu! Dalam ebook ni saya ajar macam mana nak simpan no pelanggan secara tersusun dan macam mana nak buat promosi kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada! .

6. Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama!

Saya tunjukkan strategi macam mana nak dapatkan 100 contact (nama,phone & alamat diorang) dengan pantas! Insyallah.. boleh dapat 100 nama ini dalam masa 1-2 hari sahaja! Strategi ni kena keluar kos sikit! Tapi ia sangat berbaloi!

7. Cara & Time Buat Iklan!

Ini sangat penting, anda perlu tahu bila waktu nak buat iklan, bila waktu nak ambil order serta bila waktu nak masak dan buat delivery!

8. Cabaran & Rintangan

Walaupun bisnes ini kecil risikonya, tetapi, tetap ada juga cabarannya.. saya sharekan beberapa pengalaman sebenar saya menghadapi cabaran-cabaran ini dan bagaimana saya mengatasinya!

Klik Di Sini Untuk Beli!


 

5) ISI KANDUNGAN BISNES IKAN TILAPIA

 

BAB 1: PENGENALAN IKAN TILAPIA
Mengandungi info asas pengenalan mengenai ikan tilapia seperti potensi penternakan,  jenis-jenis spesis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.

BAB 2: PERIHAL KOLAM 
Maklumat lengkap berkaitan kolam. Dari mula mengenalpasti jenis kolam, lokasi yang sesuai untuk membina kolam, pengiraan kos membuat kolam, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membina dan mengurus kolam.  Turut diceritakan di dalam bab ini tentang aspek jadual pembersihan kolam .

BAB 3: BENIH IKAN
Bagaimana memilih benih ikan yang terbaik, berapakah saiz yang sesuai dan berapakah harganya? Berapa banyak benih yang diperlukan? Dimana mahu mendapatkan bekalan benih ikan? Semuanya ada di ceritakan di dalam bab ini

BAB 4: MAKANAN IKAN
Kolam dan selesai! Benih pun dah selesai! Sekarang, masuk pula bab makanan! Apakah makanan yang sesuai untuk ikan tilapia? Setiap peringkat tumbesaran ikan tilapia, memerlukan makanan yang berbeza! jadi, ketahui segala hal tentang makanan ikan di dalam bab ini!

BAB 5: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI 
Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri yang boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan serta alatan-alatan yang perlu ada.

BAB 6: PENYAKIT IKAN  & CARA RAWATAN
Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.

BAB 7: PENJUALAN HASIL TERNAKAN
Bagaimana untuk menuai hasil ternakan? Berapakah harga jual yang mahu diletakkan? Kepada siapa ikan-ikan ini boleh dijual? Apakah faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan? Semuanya di tunjukkan dalam bab ini!

BAB 8: KESILAPAN-KESILAPAN PENTERNAK IKAN
Ini adalah antara bab yang paling penting! Tidak ramai penternak yang ingin berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan mereka kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu sedang mengusahakan projek penternakan ikan ini! Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang seringkali dilakukan oleh pengusaha penternakan ikan. Info di dalam bab ini sahaja mampu menyelamatkan berpuluh-puluh ribua wang anda!

BAB 9 : RISIKO PENTERNAKAN
Eh? Siapa kata menternak ikan tilapia ini tiada risiko? Dalam bab ini saya kongsikan 6 risiko yang sentiasa berlaku dan perlu dihdapai oleh penternak ikan tilapia. Anda perlu bersedia menghadapi risiko-risiko ini apabila ingin menjalankan projek penternakan ikan tilapia.

BAB 10: KISAH KEJAYAAN
Sedikit kisah-kisah kejayaan penternak lain sebagai suntikan motivasi untuk anda memulakan projek penternakan ikan tilapia.

BAB 11: ORGANISASI RUJUKAN
Senarai beberapa organisasi yang boleh membantu anda apabila anda menjalankan projek penternakan ikan ini. Organisasi ini sedia membantu dari segi ilmu, bantuan, pemasaran dan sebagainya.

BAB 12: PINJAMAN
Mungkin anda kekurangan modal untuk memulakan projek penternakan ikan ini. Jadi, disini, saya kongsikan beberapa agensi kerajaan dan pihak bank yang sedia menawarkan pinjaman bagi anda memulakan projek penternakan anda

BAB 13: PENDAFTARAN SYARIKAT/PERNIAGAAN
Apabila anda ingin menjalankan projek penternakan ini secara serius, maka adalah penting untuk anda mendaftarkan projek anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat. Ianya adalah bertujuan untuk anda menguruskan wang keluar masuk untuk projek anda serta memudahkan anda untuk membuat pinjaman kelak.

BAB 14: SENARAI SEMAK
Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.

Klik Di Sini Untuk Beli!


 

6) ISI KANDUNGAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

1. Kenapa Kambing?

Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah  7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.

2. Modal & Sumber Kewangan

Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Tenaga Kerja – Siapa Nak Jaga?

Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.

4. Kandang Kambing

Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing. 

5. Makanan Kambing

Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.  Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

6. Baka Kambing

Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka…kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

7. Pembiakan Kambing

Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

8. Masalah Kambing

Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

9. Teknik Memerah Susu

Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

10. Pengurusan Kambing

Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

11. Pemasaran

Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.

Klik Di Sini Untuk Beli!


7) ISI KANDUNGAN BISNES TUDUNG

  • BAB 1 : BELAJAR MENJUAL. Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales).Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda! Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual! Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung! Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat! Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.
  • BAB 2 : APA & SIAPA? Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini saya beritahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini! Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. ๐Ÿ™‚
  • BAB 3 : SUPPLIER Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini! Saya bongkarkan 5 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung! Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop! Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup! Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!
  • BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU Bila anda dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja! Dalam bab ini saya berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, saya takkan paksa anda beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan. Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah “real”!. Saya kongsikan banyak tips mencari model yang “real” di dalam bab ini!
  • BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA Ada 4 Tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini! Saya tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung. Dalam bab ini juga, saya kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka!
  • BAB 6 : AYAT IKLAN Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun saya kongsikan dalam ebook ini! Ada 3 jenis ayat yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda. Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!
  • BAB 7 : LUBUK JUALAN Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual! Dalam bab ini, saya bukan share 2 atau 3 lubuk jualan… tetapi, saya kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda! Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini… atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda. Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!
  • BAB 8 : PACKAGING Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, saya kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.
  • BAB 9 : PENGHANTARAN Dalam bab ini, saya kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Saya juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!
  • BAB 10 : CASE STUDY – BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN. Hah! Ini adalah bab yang paling HOT! Dalam bab ini, saya tunjukkan step-by-step, bagaimana saya menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan. Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Anda perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Klik Di Sini Untuk Beli!


8) ISI KANDUNGAN BISNES BAKERI

  • BAB 1 : FORMULA 2M+2P

Ini adalah formula yang saya gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan saya terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

Di dalam bab ini juga, saya berkongsi tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri anda. Jika anda pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri anda, bab ini akan menjelaskan kepada anda tentang strategi pemilihan produk!

Ya! Nak pilih produk pun kena ada strategi.. bukan sekadar main buat je! ๐Ÿ™‚

  • BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Ok! Ini adalah bab untuk anda yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh anda rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma! Tapi.. sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang anda mahu belajar! Barulah tak sia-sia anda pergi belajar nanti.

  • BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!

Minat & sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada! Kini secara rasminya anda mahu memulakan perniagaan bakeri anda dari rumah!

Dalam bab ini saya tunjukkan anda langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda dan membuka akaun bank bagi perniagaan anda.

Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda!

  • BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!

Dalam bab ini, saya senaraikan peralatan-peralatan yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri anda. Mungkin anda tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, anda tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

  • BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!

Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri anda. Saya tunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini!

  • BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!

Sedap macam mana pun kuih anda, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna!

Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri anda.

Saya senaraikan 8 kaedah promosi yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri anda! Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline!

  • BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika anda tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri anda. Silap haribulan, anda mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes anda.

  • BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini saya senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!

Cabaran persaingan harga!

Kenaikan kos harga barang mentah!

Bahan mentah habis stok!

Supplier stop bekalan!

Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi.

Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!

  • BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Dalam bab ini, saya kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang anda jalankan.

Saya tunjukkan caranya dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, anda sudah boleh mencapainya. Siap sekali saya tunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.

BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini saya kongsikan 10 tips yang saya rasa amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.

Klik Di Sini Untuk Beli!