Plan terbaru dari Onexox selepas plan UNL35. WAWA merupakan plan Onexox Prepaid yang berlainan dari keluarga Prepaid sedia ada. Plan ini disebut WAWA Prepaid, WAWA 18 dan WAWA 35. Kedua-dua plan ini didatangkan depan data berkelajuan tinggi beserta minit panggilan yang sah untuk 30 hari (sebulan).
Plan ini adalah pencabar tedekat untuk plan Celcom Xpax RM20 Unlimited. Namun masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
Harga WAWA 18 dan WAWA 35
Plan ini perlu dilanggan setiap bulan untuk mendapatkan Data dan minit panggilan. Simpack berharga RM10 dan terdapat kredit tersedia RM5.30. Kemudian pengguna boleh memilih untuk langgan WAWA 18 atau WAWA 35 dengan menambah nilai kredit.
- WAWA18 perlu tambah nilai RM18 untuk mengaktifkan plan WAWA18
- WAWA35 perlu tambah nilai RM35 untuk mengaktifkan plan WAWA35
*Tambah nilai boleh dibuat melalui dealer Onexox atau Online menggunakan Apps Black atau XOX Fast.
WAWA18 | WAWA35 |
18GB data Berkelajuan Tinggi beserta Basic Data 100 Minit panggilan ke semua telco Sah untuk tempoh 30 hari untuk setiap langganan | 35GB data Berkelajuan Tinggi beserta Basic Data 300 Minit panggilan ke semua telco Sah untuk tempoh 30 hari untuk setiap langganan |
Daftar WAWA Prepaid
Semua plan Onexox (Black dan Prepaid) sedia ada tidak boleh ditukar ke Plan WAWA Prepaid ini. Plan ini hanya boleh didaftar untuk Nombor Baru dan MNP (Kekalkan Nombor) dari telco lain sahaja. Sekiranya pengguna Onexox sedia ada (Prepaid atau Black) berminat untuk menggunakan plan WAWA Prepaid, anda boleh mendapatkan Starter Pack yang baru atau kekalkan nombor talian anda dari telco lain ke Onexox WAWA Prepaid.
Tempoh Sah
Pengguna WAWA Prepaid tidak boleh membeli Welcome Deal seperti biasanya Plan Onexox Prepaid untuk mendapatkan tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan. Namun pengguna WAWA Prepaid boleh membeli tempoh sah seperti plan Onexox Prepaid yang lain iaitu:
- Tempoh Sah 6 Bulan dan,
- Tempoh Sah 12 bulan.
Pembelian tempoh sah tidak terhad. Pengguna boleh membeli seberapa banyak tempoh sah seperti yang dikehendaki.
Tambahan Data dan Langganan
WAWA Prepaid tidak boleh membuat tambahan data dari Season Pass atau Happy Hour kerana Season Pass dan Happy Hour bersifat boleh disimpan dan dibawa kedepan selagi belum diaktifkan. WAWA Prepaid juga tidak boleh melanggan plan UNL35 dan membeli sebarang ADD ON data yang bukan dari keluarga WAWA Prepaid.
Sekiranya Data WAWA 18 dan WAWA 35 telah habis, pengguna boleh melanggan semula WAWA 18 atau WAWA 35 pada bila-bila masa. Yang menariknya, pengguna WAWA boleh pilih untuk melanggan WAWA yang berlainan dari sebelumnya sama ada nak langgan WAWA 18 atau WAWA 35 mengikut keperluan dan penggunaan pada waktu tersebut.
Tukar Plan WAWA Prepaid
Sekiranya anda telah melanggan plan WAWA18 anda boleh bertukar ke WAWA35. Begitu juga sebaliknya sekiranya anda menggunakan plan WAWA35 anda boleh bertukar ke plan WAWA18. Pertukaran boleh dibuat selepas tempoh 30 hari dari langganan plan WAWA anda.
Langgan WAWA menggunakan SMS
Langgan Plan WAWA Guna USSD
Hotspot dan Perkongsian Data Internet
Semua pengguna WAWA Prepaid boleh berkongsi penggunaan data internet kepada peranti lain dengan cara Hotspot (tethering data). Tiada sebarang kuota untuk hotspot ini. Pengguna WAWA Prepaid tidak boleh share (kongsi) data dengan menghantar data ke plan Onexox yang lain, dan tidak boleh terima data dari plan Onexox yang lain.
Beli Onexox Prepaid WAWA
Bagi anda yang berminat mendapatkan WAWA Prepaid ini boleh dapatkan di dealer Onexox berdaftar di kawasan anda. Sekiranya anda berada di sekitar Muar, boleh dapatkan di FRS MOBILE NETWORK untuk pendaftaran plan Onexox Prepaid WAWA.
Buat masa ini pembelian Online Untuk WAWA prepaid masih belum tersedia.