Plan Onexox Prepaid WAWA 18 dan WAWA 35

Plan terbaru dari Onexox selepas plan UNL35. WAWA merupakan plan Onexox Prepaid yang berlainan dari keluarga Prepaid sedia ada. Plan ini disebut WAWA Prepaid, WAWA 18 dan WAWA 35. Kedua-dua plan ini didatangkan depan data berkelajuan tinggi beserta minit panggilan yang sah untuk 30 hari (sebulan).

Plan ini adalah pencabar tedekat untuk plan Celcom Xpax RM20 Unlimited. Namun masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Plan Onexox Prepaid. WAWA 18 dan WAWA 35.

Harga WAWA 18 dan WAWA 35

Plan ini perlu dilanggan setiap bulan untuk mendapatkan Data dan minit panggilan. Simpack berharga RM10 dan terdapat kredit tersedia RM5.30. Kemudian pengguna boleh memilih untuk langgan WAWA 18 atau WAWA 35 dengan menambah nilai kredit.

  • WAWA18 perlu tambah nilai RM18 untuk mengaktifkan plan WAWA18
  • WAWA35 perlu tambah nilai RM35 untuk mengaktifkan plan WAWA35

*Tambah nilai boleh dibuat melalui dealer Onexox atau Online menggunakan Apps Black atau XOX Fast.

WAWA18WAWA35

18GB data Berkelajuan Tinggi beserta Basic Data
100 Minit panggilan ke semua telco
Sah untuk tempoh 30 hari untuk setiap langganan

35GB data Berkelajuan Tinggi beserta Basic Data
300 Minit panggilan ke semua telco
Sah untuk tempoh 30 hari untuk setiap langganan

Daftar WAWA Prepaid

Semua plan Onexox (Black dan Prepaid) sedia ada tidak boleh ditukar ke Plan WAWA Prepaid ini. Plan ini hanya boleh didaftar untuk Nombor Baru dan MNP (Kekalkan Nombor) dari telco lain sahaja. Sekiranya pengguna Onexox sedia ada (Prepaid atau Black) berminat untuk menggunakan plan WAWA Prepaid, anda boleh mendapatkan Starter Pack yang baru atau kekalkan nombor talian anda dari telco lain ke Onexox WAWA Prepaid.

Tempoh Sah

Pengguna WAWA Prepaid tidak boleh membeli Welcome Deal seperti biasanya Plan Onexox Prepaid untuk mendapatkan tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan. Namun pengguna WAWA Prepaid boleh membeli tempoh sah seperti plan Onexox Prepaid yang lain iaitu:

  1. Tempoh Sah 6 Bulan dan,
  2. Tempoh Sah 12 bulan.

Pembelian tempoh sah tidak terhad. Pengguna boleh membeli seberapa banyak tempoh sah seperti yang dikehendaki.

Tambahan Data dan Langganan

WAWA Prepaid tidak boleh membuat tambahan data dari Season Pass atau Happy Hour kerana Season Pass dan Happy Hour bersifat boleh disimpan dan dibawa kedepan selagi belum diaktifkan. WAWA Prepaid juga tidak boleh melanggan plan UNL35 dan membeli sebarang ADD ON data yang bukan dari keluarga WAWA Prepaid.

Cara tambah data WAWA dan Tambah Validity. Kredit gambar : #BlackSharkEmpire (Shah Casia)

Sekiranya Data WAWA 18 dan WAWA 35 telah habis, pengguna boleh melanggan semula WAWA 18 atau WAWA 35 pada bila-bila masa. Yang menariknya, pengguna WAWA boleh pilih untuk melanggan WAWA yang berlainan dari sebelumnya sama ada nak langgan WAWA 18 atau WAWA 35 mengikut keperluan dan penggunaan pada waktu tersebut.

Tukar Plan WAWA Prepaid

Sekiranya anda telah melanggan plan WAWA18 anda boleh bertukar ke WAWA35. Begitu juga sebaliknya sekiranya anda menggunakan plan WAWA35 anda boleh bertukar ke plan WAWA18. Pertukaran boleh dibuat selepas tempoh 30 hari dari langganan plan WAWA anda.

Langgan WAWA menggunakan SMS

Kredit #BlackSharkEmpire (Shah Casia)

Langgan Plan WAWA Guna USSD

Kredit #BlackSharkEmpire (Shah Casia)

Hotspot dan Perkongsian Data Internet

Semua pengguna WAWA Prepaid boleh berkongsi penggunaan data internet kepada peranti lain dengan cara Hotspot (tethering data). Tiada sebarang kuota untuk hotspot ini. Pengguna WAWA Prepaid tidak boleh share (kongsi) data dengan menghantar data ke plan Onexox yang lain, dan tidak boleh terima data dari plan Onexox yang lain.

Beli Onexox Prepaid WAWA

Bagi anda yang berminat mendapatkan WAWA Prepaid ini boleh dapatkan di dealer Onexox berdaftar di kawasan anda. Sekiranya anda berada di sekitar Muar, boleh dapatkan di FRS MOBILE NETWORK untuk pendaftaran plan Onexox Prepaid WAWA.

Buat masa ini pembelian Online Untuk WAWA prepaid masih belum tersedia.

Related Posts

Welcome Deals ONEXOX Prepaid

Apa itu Welcome Deals? Welcome Deal adalah pakej khas yang ditawarkan kepada PELANGGAN BAHARU pelan ONEXOX Prepaid yang mendaftar secara MNP (Kekal Nombor Lama) atau Pek Permulaan Nombor Baru. Pembelian pertama pakej…

Cara-cara untuk dapatkan tempoh sah 36 bulan ONEXOX Prepaid

Berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan untuk dapatkan tempoh sah 36 bulan.

Pelan B150-FC Pelan Internet, Panggilan dan Hotspot Tanpa Had RM150 sebulan

Sememangnya dinantikan pelan sebegini. Pasti setiap keluarga perlu ada pelan sebegini walaupun 1 orang. Akhirnya, XOX kini hadir dengan sebuah pelan baharu, dinamakan XOX B150FC. Melaluinya, ia menawarkan sesuatu…

ONEXOX Perkenalkan Pelan Eksklusif Edisi Perak FC

ONEXOX memperkenalkan pelan edisi The Bos Gaurus (TBG) iaitu pelan eksklusif terbaharu khas buat penyokong Perak FC. Pelan baharu ONEXOX Edisi Perak FC ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif bagi meningkatkan…

Plan Prepaid Ultimate 35 Baru Harga Murah

Plan Prepaid Ultimate 35 ini merupakan plan Onexox Prepaid paling murah dan mempunyai kuota data internet paling besar berbanding plan data internet yang lain dalam keluarga Onexox…

Cara Install Apps Black Onexox

Sekiranya anda install apps Black tanpa memasukkan referral code, anda akan terlepas untuk mendapatkan data percuma 512MB. Jadi pastikan anda masukkan kod refferal tersebut. Langkah Install Apps…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *