Plan Prepaid Ultimate 35 Baru Harga Murah

Plan Prepaid Ultimate 35 ini merupakan plan Onexox Prepaid paling murah dan mempunyai kuota data internet paling besar berbanding plan data internet yang lain dalam keluarga Onexox Prepaid. Plan yang dikenali sebagai UNL35 ini memberikan kuota sebanyak 50GB data dan 50 minit panggilan dengan harga hanya RM35 untuk tempoh sebulan.

onexox prepaid plan

Kelajuan Data Internet ditetapkan.

Walaupun plan UNL35 ini mempunyai data sebanyak 50GB namun apa yang pengguna perlu tahu adalah kelajuan data internetnya. Semua data 50GB itu telah ditetapkan kelajuan internetnya 3Mbps.

Berbeza dengan data Onexox yang dibeli melalui Season Pass yang tidak mempunyai limit kelajuan, data UNL35 hanya boleh mencapai kelajuan maksimum sepantas 3Mbps sahaja.

Namun kelajuan 3Mbps ini mencukupi untuk stream video Youtube dengan kualiti 720p (HD) untuk kawasan yang mempunyai liputan yang baik.

Hotspot Unlimited (Selagi data aktif)

Apa yang menarik tentang plan Ultimate 35 ini adalah kesemua 50Gb data internet boleh diguna bersama (hotspot) kepada peranti (device) lain 100% tanpa syarat.

Data internet untuk plan UNL35 ini bersifat aktif dan tidak boleh dikongsi (transfer) ke nombor lain sepertimana data Season Pass.

Percuma 50 minit Panggilan.

Dengan harga RM35 sebulan, selain dapat data internet 50GB, pengguna juga dapat minit panggilan sebanyak 50 minit.

Baki minit panggilan ini boleh dibawa ke bulan hadapan (carry forward) sekiranya tidak digunakan atau tidak habis digunakan.

Plan Bulanan dan Welcome Deal

Apa yang menarik, plan UNL35 ini telah disenaraikan sebagai plan Welcome Deal yang mana pengguna Onexox Prepaid baru boleh membeli UNL35 ini sebagai Welcome deal untuk mendapatkan tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan.

UNL35 ini juga boleh dilanggan secara bulanan atau bila-bila masa sekiranya pengguna memerlukan plan ini.

Sebagai contoh, sekiranya pengguna yang melanggan plan UNL35 ini telah menghabiskan kesemua data 50GB dalam tempoh kurang 1 bulan, pengguna boleh melanggan UNL35 yang baru tanpa perlu tunggu tempoh sebulan. Dan setiap langganan akan mendapat 50 minit panggilan yang tidak luput.

Tamatkan Langganan Ultimate 35.

Bagi pengguna yang mana penggunaan internetnya banyak menggunakan WiFi di rumah dan pejabat, mungkin mereka tidak mahu melanggan UNL35 ini secara bulanan. Jangan risau, sebab plan UNL35 ini boleh ditamatkan pembaharuannya (renewal) dengan 2 cara iaitu;

  1. Hantar SMS DATA AR OFF ke 23388, atau END DATA ke 23388 dan,
  2. Pastikan kredit (DA+MA) kurang daripada RM35 untuk mengagalkan langganan seterusnya.

Cara pertama (1) adalah lebih selamat dan proper. Kerana mungkin sahaja ada pengguna yang mempunyai kredit yang banyak dalam akaunnya.

Namun apa yang terbaik, teruskan langganan ini kerana ia betul-betul murah dan boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja dalam talian dengan lancar.

Pengguna Baru dan Pengguna Sedia ada

Plan UNL35 ini boleh dilanggan oleh semua pengguna Onexox Prepaid. Sekiranya anda pengguna Onexox yang baru, anda boleh membeli plan ini sebagai Welcome Deal.

Manakala sekiranya anda merupakan pelanggan Onexox Prepaid sedia ada, anda boleh beli plan UNL35 ni melalui menu Season Pass di *150# atau Apps Black.

Tiada Langganan Bulanan

Plan ini tidak wajib dilanggan, sekiranya pelanggan tidak perlukan langganan pada bulan berikutnya. Ianya bukan seperti plan Onexox Black yang wajib langgan setiap bulan.

Ini merupakan ciri khas yang menarik untuk anda mencuba plan baru ini.

Langgan Plan Onexox Prepaid

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan plan Ultimate 35 ini, boleh dapatkan Onexox Prepaid secara online sekarang dan berjimat dengan Plan Ultimate 35 ini sekarang.

Bagi pengguna baru boleh kekalkan nombor atau pilih nombor baru. Simkad akan dihantar terus ke alamat anda dan penghantaran adalah percuma. Pastikan pilih Welcome Deal Ultimate 35 (UNL35) sebelum check out.

Related Posts

Welcome Deals ONEXOX Prepaid

Apa itu Welcome Deals? Welcome Deal adalah pakej khas yang ditawarkan kepada PELANGGAN BAHARU pelan ONEXOX Prepaid yang mendaftar secara MNP (Kekal Nombor Lama) atau Pek Permulaan Nombor Baru. Pembelian pertama pakej…

Cara-cara untuk dapatkan tempoh sah 36 bulan ONEXOX Prepaid

Berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan untuk dapatkan tempoh sah 36 bulan.

Pelan B150-FC Pelan Internet, Panggilan dan Hotspot Tanpa Had RM150 sebulan

Sememangnya dinantikan pelan sebegini. Pasti setiap keluarga perlu ada pelan sebegini walaupun 1 orang. Akhirnya, XOX kini hadir dengan sebuah pelan baharu, dinamakan XOX B150FC. Melaluinya, ia menawarkan sesuatu…

ONEXOX Perkenalkan Pelan Eksklusif Edisi Perak FC

ONEXOX memperkenalkan pelan edisi The Bos Gaurus (TBG) iaitu pelan eksklusif terbaharu khas buat penyokong Perak FC. Pelan baharu ONEXOX Edisi Perak FC ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif bagi meningkatkan…

Cara Install Apps Black Onexox

Sekiranya anda install apps Black tanpa memasukkan referral code, anda akan terlepas untuk mendapatkan data percuma 512MB. Jadi pastikan anda masukkan kod refferal tersebut. Langkah Install Apps…

Plan Onexox Prepaid WAWA 18 dan WAWA 35

Plan terbaru dari Onexox selepas plan UNL35. WAWA merupakan plan Onexox Prepaid yang berlainan dari keluarga Prepaid sedia ada. Plan ini disebut WAWA Prepaid, WAWA 18 dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *