ONEXOX Perkenalkan Pelan Eksklusif Edisi Perak FC

ONEXOX memperkenalkan pelan edisi The Bos Gaurus (TBG) iaitu pelan eksklusif terbaharu khas buat penyokong Perak FC.

Pelan baharu ONEXOX Edisi Perak FC ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif bagi meningkatkan penglibatan para peminat bola sepak tempatan. Info dan berita terkini tentang kelab kegemaran mereka akan terus dihantar ke telefon mudah alih.

Terdapat pakej yang berbeza untuk memenuhi keperluan penggunaan individu

Pakej ONEXOX Edisi ‘The Bos Gaurus’ Perak FC

Pelan ONEXOX Black Edisi Perak FC
PAKEJDATAMASA BERBUALSMSBAYARAN
B39 FC8GB + 10GB*200 MINIT50 SMSRM39 / Bulan
B54DB FC48GBUNLIMITED100 SMSRM49 / Bulan
B59DB FC44GBUNLIMITED100 SMSRM59 / Bulan
B89DB FC100GBUNLIMITED200 SMSRM89 / Bulan
B150 FCUNLIMITEDUNLIMITED200 SMSRM150 / Bulan

(Harga yang dipaparkan tak termasuk 6% SST)

Pengguna internet tegar tidak perlu risau tentang perbelanjaan berlebihan dan boleh menarik nafas lega dengan memilih langganan tetap sebanyak RM150 bulanan untuk menikmati Data & Masa Berbual Tanpa Had.

ONEXOX turut memperkenalkan pelan RM39 (18GB data), RM49 (48GB data), RM59 (44GB), dan RM89 (100GB) untuk memberi lebih pilihan buat para pengguna khususnya penyokong bola sepak Perak.

Kelebihan Melanggan Pelan ONEXOX Edisi Perak FC

Kelebihan langganan pelan ONEXOX Edisi Perak FC ini adalah melalui faedah-faedahnya yang disertakan bersama pelan iaitu:

  • Barangan rasmi Perak FC percuma bernilai sehingga RM150
  • Tiket percuma untuk menonton perlawanan Perak FC di Stadium Perak
  • Diskaun menarik untuk pas bermusim Perak FC
  • Pakej hospitaliti pada hari perlawanan
  • Diskaun eksklusif untuk barangan rasmi Perak FC
  • Info dan berita terkini versi khas yang akan dihantar ke telefon mudah alih.
Kelebihan pelan ONEXOX edisi Perak FC

Bonus Tambahan Kempen “Deme Menang, Kome Dapat”

Selain itu, sebagai bonus tambahan daripada kempen “Deme Menang, Kome Dapat”, pelanggan boleh menikmati ganjaran segera setiap kali Perak FC memenangi perlawanan.

Sebahagian daripada pungutan keuntungan kemudiannya akan diagihkan kepada kelab bola sepak yang akan mewujudkan aliran pendapatan tambahan dalam usaha pengkomersilan kelab.

Kerjasama ini akan membantu capaian ONEXOX kepada sebahagian daripada 700,000 penyokong setia Perak FC di Malaysia dalam usahanya meningkatkan jumlah pelanggan.

Ini memberikan ONEXOX peluang untuk menggunakan hak imej kelab, pemain-pemain, produk, lokaliti stadium, dan pengisian untuk tujuan pemasaran.

Bersama Perak FC, ONEXOX akan menyokong inisiatif bola sepak menawarkan peluang kepada anak-anak muda untuk bermain, bersaing, dan mempamerkan bakat mereka kepada agensi-agensi tempatan di daerah masing-masing.

ONEXOX dan Perak FC juga akan membangunkan beberapa inisiatif pemasaran bersama yang tertumpu kepada jenama eksklusif TBG (The Bos Gaurus) pada setiap perlawanan di tempat sendiri iaitu di Stadium Perak.


Dapatkan simkad ONEXOX Edisi Perak FC sekarang!

  Beli Simkad ONEXOX TBG

XOX Online Store

Related Posts

Welcome Deals ONEXOX Prepaid

Apa itu Welcome Deals? Welcome Deal adalah pakej khas yang ditawarkan kepada PELANGGAN BAHARU pelan ONEXOX Prepaid yang mendaftar secara MNP (Kekal Nombor Lama) atau Pek Permulaan Nombor Baru. Pembelian pertama pakej…

Cara-cara untuk dapatkan tempoh sah 36 bulan ONEXOX Prepaid

Berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan untuk dapatkan tempoh sah 36 bulan.

Pelan B150-FC Pelan Internet, Panggilan dan Hotspot Tanpa Had RM150 sebulan

Sememangnya dinantikan pelan sebegini. Pasti setiap keluarga perlu ada pelan sebegini walaupun 1 orang. Akhirnya, XOX kini hadir dengan sebuah pelan baharu, dinamakan XOX B150FC. Melaluinya, ia menawarkan sesuatu…

Plan Prepaid Ultimate 35 Baru Harga Murah

Plan Prepaid Ultimate 35 ini merupakan plan Onexox Prepaid paling murah dan mempunyai kuota data internet paling besar berbanding plan data internet yang lain dalam keluarga Onexox…

Cara Install Apps Black Onexox

Sekiranya anda install apps Black tanpa memasukkan referral code, anda akan terlepas untuk mendapatkan data percuma 512MB. Jadi pastikan anda masukkan kod refferal tersebut. Langkah Install Apps…

Plan Onexox Prepaid WAWA 18 dan WAWA 35

Plan terbaru dari Onexox selepas plan UNL35. WAWA merupakan plan Onexox Prepaid yang berlainan dari keluarga Prepaid sedia ada. Plan ini disebut WAWA Prepaid, WAWA 18 dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *